Tuesday, December 11, 2012

Jom Orienteering!



Assalamualaikum wbt dan selamat petang..

apa khabar anda disana? masih ingt lagi dengan abe dib? hehe. okey kali ni abe dib ingin berkongsi cerita mengenai aktiviti yang telah kami jalankan iaitu pertandingan orienteering, antara ahli kelas. apa yang anda tahu tentang orienteering? pernahkah anda mendengar istilah tersebut sebelum ini? bagi sape2 yang belum pernah kenal apa itu orienteering, mari sini abe dib ingin meringkaskan maksud orienteering itu...




   " Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu  tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan  kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan di antara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure." 






haa anda paham apa itu orienteering? okey senang cerita, orienteering ni sebenarnya sejenis aktiviti yang dilakukan oleh sekumpulan manusia dengan bergerak ke 'checkpoint' yang ditetapkan dengan menggunakan alatan yang diberi iaitu kompas serta peta. terdapat banyak istilah dalam orienteering ini, antaranya ialah control marker, control point, card description dan byk lagi, yang mana merupakan suatu kemestian bagi sesiapa yang menyertai pertandingan orienteering. okey ckup smpai disitu sahaja lah ringkasan daripada abe dib tentang orienteering ni.



peta dan kompass
contoh card description


control marker





seterusnya kita bergerak ke pertandingan orienteering antara ahli kelas tadi. sebelum memulakan pertandingan, encik hafiz telah memberikan sedikit taklimat ringkas mengenai orienteering ni. 'point' yang paling penting ialah kami hanya diberikan masa selama 30 minit utk mencari 'checkpoint' yang ditetapkan. kami bernasib baik kerana pada pertandingan kali ini hanya 2 'checkpoint' sahaja yang ada. hehe. kami telah dibekalkan dengan peta serta kompas utk digunakan mencari checkpoint tersebut.



puncher, control code dan control point



kami sekali lagi bernasib baik kerana ramai antara kami yang dapat melepasi masa yang ditetapkan, iaitu 30 minit. terdapat kumpulan yang berjaya mencatat masa sebanyak 20minit sahaja utk menamatkan acara. woo hebat sungguh mereka tu ye.hehe. 2 checkpoint yang berjaya dijumpai ialah berdekatan dengan stadium uitm, dan satu lagi berdekatan dengan loji air di bukit berdepan dgn FSKM, jikalau anda kenal lah. hehe.


rasanya sampai disini sahaja lah celoteh abe dib pada kali ni. lain hari lain masa kita bersua lagi, dan nantikan post terbaru abe dib! assalamualaikum dan selamat berekreasi!





No comments:

Post a Comment