Assalamualaikum wbt kawan2 yang dikasihi sekalian...
Hari ni bermula lah kisah abe dib berekreasi di bawah kelab rekreasi uitm shah alam.. untuk aktiviti yang pertama, kami telah berkayak di sekitar tasik seksyen 2, shah alam. anda kenal tak tempat itu? kalau nk tahu tasik itu bersebelahan je dengan kompleks pkns.. dan juga berhadapan dengan pejabat SIRIM.. hehe
kami diminta berkumpul di hadapan tasik seksyen 2, dalam sekitar 5 petang untuk menjalani kelas kayak di bawah seliaan para pensyarah kami, iaitu En Hafiz serta En Muiz. Kelas kayak tersebut dimulakan dengan taklimat ringkas oleh En Hafiz mengenai aktiviti kayak, serta sedikit sejarah mengenai kegiatan kayak ini.
![]() |
para pelajar khusyuk mendengar taklimat en hafiz |
dalam penerangan beliau, En Hafiz amat menitik beratkan keselamatan para pelajar beliau. hal ini kerana keselamatan setiap orang amatlah penting apabila kita melibatkan diri dalam sebarang aktiviti sukan, terutama aktiviti sukan air. beliau juga berkata bahawa dalam pada kita bersantai semasa berkayak, keselamatan diri mestilah diletakkan di tempat yg paling utama. selepas selesai taklimat beliau. kami diarahkan untuk memakai 'life jacket' atau bahasa melayunya dipanggil jaket keselamatan.
pada kelas kali ini kami diajar tentang cara2 menerbalikkan kayak atau 'capsize' serta cara2 menyelamatkan diri atau 'self-rescue'. ilmu ni sebenarnya penting bagi setiap orang yang mahu melibatkan diri dalam aktiviti sukan kayak atau bg sesiapa sahaja yang berminat utk menjalankan aktviti ekspedisi berkayak, kerana keselamatan diri amatlah penting apabila kita melakukan sebarang aktiviti sukan, lebih2 lagi sukan air.
![]() |
rafting |
sebelum kami naik kayak, kami diarahkan utk melakukan 'water confident' terlebih dahulu bagi memberanikan diri kami utk berada dalam air selain tidak menjadi gelabah dlm air apabila 'capsize' dilakukan selepas ini. 'water confident' ni juga penting sebenarnya utk dilakukan setiap kali sebelum aktiviti air dilakukan, kerana dapat mengelakkan seseorang itu menjadi terlalu takut serta gelabah apabila berlaku sesuatu yang tidak dirancang semasa berada di kawasan berair.
![]() |
para pelajar melakukan 'capsize' |
![]() |
pelajar berusaha menaiki kembali kayak |
selepas terbalik, kami diarahkan utk cepat2 membetulkan balik kayak tersebut agar ia tidak dimasuki sejumlah air yang banyak. jika terlalu byk air memasuki kayak, kayak tersebut mungkin akan tenggelam ke dasar.
![]() |
seorang mengimbangi kayak, seorang menaiki kayak |
kami diajar dengan cara orang yang bhgn depan kayak utk naik terlebih dahulu ke dalam kayak melalui bhgn belakang kayak, sementara diimbangi oleh seorang lagi dengan memeluk bahagian depan kayak. selepas siap, kami diarah ke tebing tasik dan membuang air yang terdapat dalam kayak dengan mengangkat kayak tersebut.
![]() |
sebahagian pelajar yg sudah siap 'self-rescue' |
okey sekian sahaja utk kali ini. kita berjumpa pada post yang seterusnya, assalamualaikum dan selamat berekreasi!
No comments:
Post a Comment