Tuesday, December 11, 2012

Jom Berkayak! - H-rescue


Assalamualaikum wbt dan selamat petang.

pada post kali ini, abe dib akan meneruskan perkongsian cerita serta pengalaman rekreasi bersama kelab rekreasi di uitm shah alam. ini merupakan sambungan daripada post yang sebelum ini, iaitu mengenai pengalaman berkayak di tasik. 

pada kali ini, kami diajar pula tentang satu lagi teknik menyelamatkan diri seandainya kayak yang kita naiki terbalik di tengah2 laut atau tasik serta sungai. teknik kali ini amat berbeza dengan yang sebelum ini kerana pada kali ini, kita memerlukan 3 buah kayak utk terlibat sama dalam menjalankan aktiviti penyelamatan. teknik penyelamatan ini dinamakan 'H-rescue' kerana semasa proses penyelamatan mangsa tersebut dilakukan, kayak akan membentuk kombinasi huruf 'H'. proses ini memerlukan 3 buah kayak kerana 1 kayak yang terbalik akan diselamatkan dgn oleh 2 buah kayak, dgn membentuk huruf 'H'. 

encik muiz sdg mmberikan taklimat ringkas

seperti kebiasaan, setelah taklimat ringkas serta demonstrasi secara bayangan telah dilakukan oleh para pelajar di atas darat, kami diminta utk memakai jaket keselamatan dan bersedia utk melakukan penyelamatan secara 'H-rescue' ini. kami diminta bergerak dan melakukan penyelamatan ini dalam bentuk kumpulan, iaitu 6 orang sekumpulan utk 3 buah kayak dan menentukan siapa yang akan melakukan aktiviti penyelematan dan siapa yang akan diselamatkan. 


usaha menaikkan kayak ke atas paddle



sebagai permulaan penyelamatan, sebuah kayak yang akan terbalik akan diterbalikkan terlebih dahulu, dan kemudian 2 buah lagi kayak penyelamat akan menghampiri kayak yang terbalik tersebut. 2 buah kayak tersebut akan membentuk 'H', dengan menggunakan 2 batang paddle untuk melintangi kedua dua kayak tersebut. 


membuang air daripada kayak



kemudian, kayak yang terbalik akan diletakkan diatas paddle pengayuh tersebut dalam posisi terbalik, utk mengeluarkan air yang terdapat dalam kayak tersebut. setelah kesemua air keluar daripada kayak, kayak itu akan diterbalikkan pula ke posisi yang asal, dan akan diletakkan ke permukaan air utk dinaiki oleh pengayak yang terbalik sebentar tadi. 


meletakkan kayak ke permukaan air

apabila segala bahagian penyelamatan sudah selesai, maka kami diarah utk ke tebing tasik utk memberikan peluang kepada pelajar lain utk merasakan sendiri proses penyelamatan 'H-rescue' ini. kelas kami pada hari tersebut tamat pada 7petang. 

okey sampai disini sahaja utk kali ini. nantikan post yang akan datang, dengan aktiviti rekreasi yang lain pula bersama abe dib. assalamualaikum dan selamat berekreasi!



No comments:

Post a Comment