Tuesday, December 11, 2012

Jom Orienteering!



Assalamualaikum wbt dan selamat petang..

apa khabar anda disana? masih ingt lagi dengan abe dib? hehe. okey kali ni abe dib ingin berkongsi cerita mengenai aktiviti yang telah kami jalankan iaitu pertandingan orienteering, antara ahli kelas. apa yang anda tahu tentang orienteering? pernahkah anda mendengar istilah tersebut sebelum ini? bagi sape2 yang belum pernah kenal apa itu orienteering, mari sini abe dib ingin meringkaskan maksud orienteering itu...




   " Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu  tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan  kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan di antara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure." 






haa anda paham apa itu orienteering? okey senang cerita, orienteering ni sebenarnya sejenis aktiviti yang dilakukan oleh sekumpulan manusia dengan bergerak ke 'checkpoint' yang ditetapkan dengan menggunakan alatan yang diberi iaitu kompas serta peta. terdapat banyak istilah dalam orienteering ini, antaranya ialah control marker, control point, card description dan byk lagi, yang mana merupakan suatu kemestian bagi sesiapa yang menyertai pertandingan orienteering. okey ckup smpai disitu sahaja lah ringkasan daripada abe dib tentang orienteering ni.



peta dan kompass
contoh card description


control marker





seterusnya kita bergerak ke pertandingan orienteering antara ahli kelas tadi. sebelum memulakan pertandingan, encik hafiz telah memberikan sedikit taklimat ringkas mengenai orienteering ni. 'point' yang paling penting ialah kami hanya diberikan masa selama 30 minit utk mencari 'checkpoint' yang ditetapkan. kami bernasib baik kerana pada pertandingan kali ini hanya 2 'checkpoint' sahaja yang ada. hehe. kami telah dibekalkan dengan peta serta kompas utk digunakan mencari checkpoint tersebut.



puncher, control code dan control point



kami sekali lagi bernasib baik kerana ramai antara kami yang dapat melepasi masa yang ditetapkan, iaitu 30 minit. terdapat kumpulan yang berjaya mencatat masa sebanyak 20minit sahaja utk menamatkan acara. woo hebat sungguh mereka tu ye.hehe. 2 checkpoint yang berjaya dijumpai ialah berdekatan dengan stadium uitm, dan satu lagi berdekatan dengan loji air di bukit berdepan dgn FSKM, jikalau anda kenal lah. hehe.


rasanya sampai disini sahaja lah celoteh abe dib pada kali ni. lain hari lain masa kita bersua lagi, dan nantikan post terbaru abe dib! assalamualaikum dan selamat berekreasi!





Jom Berkayak! - H-rescue


Assalamualaikum wbt dan selamat petang.

pada post kali ini, abe dib akan meneruskan perkongsian cerita serta pengalaman rekreasi bersama kelab rekreasi di uitm shah alam. ini merupakan sambungan daripada post yang sebelum ini, iaitu mengenai pengalaman berkayak di tasik. 

pada kali ini, kami diajar pula tentang satu lagi teknik menyelamatkan diri seandainya kayak yang kita naiki terbalik di tengah2 laut atau tasik serta sungai. teknik kali ini amat berbeza dengan yang sebelum ini kerana pada kali ini, kita memerlukan 3 buah kayak utk terlibat sama dalam menjalankan aktiviti penyelamatan. teknik penyelamatan ini dinamakan 'H-rescue' kerana semasa proses penyelamatan mangsa tersebut dilakukan, kayak akan membentuk kombinasi huruf 'H'. proses ini memerlukan 3 buah kayak kerana 1 kayak yang terbalik akan diselamatkan dgn oleh 2 buah kayak, dgn membentuk huruf 'H'. 

encik muiz sdg mmberikan taklimat ringkas

seperti kebiasaan, setelah taklimat ringkas serta demonstrasi secara bayangan telah dilakukan oleh para pelajar di atas darat, kami diminta utk memakai jaket keselamatan dan bersedia utk melakukan penyelamatan secara 'H-rescue' ini. kami diminta bergerak dan melakukan penyelamatan ini dalam bentuk kumpulan, iaitu 6 orang sekumpulan utk 3 buah kayak dan menentukan siapa yang akan melakukan aktiviti penyelematan dan siapa yang akan diselamatkan. 


usaha menaikkan kayak ke atas paddle



sebagai permulaan penyelamatan, sebuah kayak yang akan terbalik akan diterbalikkan terlebih dahulu, dan kemudian 2 buah lagi kayak penyelamat akan menghampiri kayak yang terbalik tersebut. 2 buah kayak tersebut akan membentuk 'H', dengan menggunakan 2 batang paddle untuk melintangi kedua dua kayak tersebut. 


membuang air daripada kayak



kemudian, kayak yang terbalik akan diletakkan diatas paddle pengayuh tersebut dalam posisi terbalik, utk mengeluarkan air yang terdapat dalam kayak tersebut. setelah kesemua air keluar daripada kayak, kayak itu akan diterbalikkan pula ke posisi yang asal, dan akan diletakkan ke permukaan air utk dinaiki oleh pengayak yang terbalik sebentar tadi. 


meletakkan kayak ke permukaan air

apabila segala bahagian penyelamatan sudah selesai, maka kami diarah utk ke tebing tasik utk memberikan peluang kepada pelajar lain utk merasakan sendiri proses penyelamatan 'H-rescue' ini. kelas kami pada hari tersebut tamat pada 7petang. 

okey sampai disini sahaja utk kali ini. nantikan post yang akan datang, dengan aktiviti rekreasi yang lain pula bersama abe dib. assalamualaikum dan selamat berekreasi!



Jom berkayak! - Self-rescue


Assalamualaikum wbt kawan2 yang dikasihi sekalian...

Hari ni bermula lah kisah abe dib berekreasi di bawah kelab rekreasi uitm shah alam.. untuk aktiviti yang pertama, kami telah berkayak di sekitar tasik seksyen 2, shah alam. anda kenal tak tempat itu? kalau nk tahu tasik itu bersebelahan je dengan kompleks pkns.. dan juga berhadapan dengan pejabat SIRIM.. hehe

kami diminta berkumpul di hadapan tasik seksyen 2, dalam sekitar 5 petang untuk menjalani kelas kayak di bawah seliaan para pensyarah kami, iaitu En Hafiz serta En Muiz. Kelas kayak tersebut dimulakan dengan taklimat ringkas oleh En Hafiz mengenai aktiviti kayak, serta sedikit sejarah mengenai kegiatan kayak ini. 


para pelajar khusyuk mendengar taklimat en hafiz

dalam penerangan beliau, En Hafiz amat menitik beratkan keselamatan para pelajar beliau. hal ini kerana keselamatan setiap orang amatlah penting apabila kita melibatkan diri dalam sebarang aktiviti sukan, terutama  aktiviti sukan air. beliau juga berkata bahawa dalam pada kita bersantai semasa berkayak, keselamatan diri mestilah diletakkan di tempat yg paling utama. selepas selesai taklimat beliau. kami diarahkan untuk memakai 'life jacket' atau bahasa melayunya dipanggil jaket keselamatan. 

pada kelas kali ini kami diajar tentang cara2 menerbalikkan kayak atau 'capsize' serta cara2 menyelamatkan diri atau 'self-rescue'. ilmu ni sebenarnya penting bagi setiap orang yang mahu melibatkan diri dalam aktiviti sukan kayak atau bg sesiapa sahaja yang berminat utk menjalankan aktviti ekspedisi berkayak, kerana keselamatan diri amatlah penting apabila kita melakukan sebarang aktiviti sukan, lebih2 lagi sukan air.


rafting 

sebelum kami naik kayak, kami diarahkan utk melakukan 'water confident' terlebih dahulu bagi memberanikan diri kami utk berada dalam air selain tidak menjadi gelabah dlm air apabila 'capsize' dilakukan selepas ini. 'water confident' ni juga penting sebenarnya utk dilakukan setiap kali sebelum aktiviti air dilakukan, kerana dapat mengelakkan seseorang itu menjadi terlalu takut serta gelabah apabila berlaku sesuatu yang tidak dirancang semasa berada di kawasan berair.


para pelajar melakukan 'capsize'
selepas itu, kami melakukan 'capsize' dengan mengikuti cara yang telah diajar oleh pembantu jurulatih, iaitu dengan cepat2 menerbalikkan kayak dengan menggunakan berat dan momentum badan kedua2 ahli kayak bersama sama.



pelajar berusaha menaiki kembali kayak

selepas terbalik, kami diarahkan utk cepat2 membetulkan balik kayak tersebut agar ia tidak dimasuki sejumlah air yang banyak. jika terlalu byk air memasuki kayak, kayak tersebut mungkin akan tenggelam ke dasar.


seorang mengimbangi kayak, seorang menaiki kayak



kami diajar dengan cara orang yang bhgn depan kayak utk naik terlebih dahulu ke dalam kayak melalui bhgn belakang kayak, sementara diimbangi oleh seorang lagi dengan memeluk bahagian depan kayak. selepas siap, kami diarah ke tebing tasik dan membuang air yang terdapat dalam kayak dengan mengangkat kayak tersebut. 


sebahagian pelajar yg sudah siap 'self-rescue'


okey sekian sahaja utk kali ini. kita berjumpa pada post yang seterusnya, assalamualaikum dan selamat berekreasi!




Wednesday, November 28, 2012

Mari Rekreasi Part 1 - Pengenalan


Assalamualaikum dan selamat petang..


Anda semua pernah berekreasi? Anda tahu apa itu rekreasi? abe adib tahu ramai di antara kita tidak tahu apa maksud sebenar rekreasi bukan? malah ramai diantara kita yang hanya tahu sebut saja perkataan 'rekreasi' tapi bila di tanya mengenai maksudnya, semua berdiam diri dan hanya membiarkan kipas di siling sahaja yang berbunyi. haa meh disini abe adib ingin berkongsi ilmu sedikit mengenai rekreasi ni... 


kayaking


Rekreasi (re-creare dalam bahasa Latin) ialah penggunaan masa lapang untuk keseronokan, bersama keluarga atau aktiviti bukan kerja lain. Aktiviti rekreasi biasanya akan menyegarkan badandan minda.Selain itu. rekreasi juga didefinisikan sebagai aktiviiti terancang yang digunakan bagi masa lapang , contohnya aktiviti perkhemahan , rock climbing , scuba diving , abseiling dan jungle tracking. 




abseiling



ini dia maklumat abe adib dapat dri google wikipedia..haa anda semua mesti sudah tahu kan apa itu rekreasi? kiranya lepas ni tiada lagi bunyi kipas di siling apabila seseorang bertanyakan kepada kita apa itu rekreasi bukan? okey lepas ni dah boleh mula berekreasi bukan? apa tujuan kita berekreasi sebenarnya? tujuan paling utama ialah kita dapat menyihatkan tubuh badan, selain dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah... sape yang tak mahu hidup yang sihat bukan? anda tanya lah orang yang tidak waras pun, sememangnya jawapan mereka inginkan kehidupan yang sihat serta jauh dari pnyakit bukan? maka jom lah kita berekreasi dalam kehidupan.bukan apa, ini untuk kesihatan diri kita juga, bukan org lain, yedak?



wall climbing



okey sampai di sini sahajalah tulisan abe adib pada post kali ini. utk pos seterusnya abe adib akn bercerita tentang pengalaman abe adib berekreasi bersama kelab rekreasi uitm shah alam...

papai semua assalamualaikum dan selamat berekreasi!